Maya Karin Akui Sudah Ada Cinta Hati

Gambar Maya Karin, Maya KArin Seksi

Maya Karin Akui Sudah Ada Cinta Hati | Pelakon Maya Karin tidak berselindung sedang mengenali hati budi seorang lelaki namun menjelaskan hubungan itu masih pada peringkat awal.

Maya, 33, berkata, sudah tiba masanya untuk dia membuka hati bagi menerima satu hubungan baru selepas gagal dalam rumah tangga bersama jejaka Inggeris iaitu Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose pada tahun 2010.

Ya, saya sedang mengenali hati budi seseorang yang saya sudah kenal lama tetapi hubungan ini masih pada peringkat awal. 

Sudah tiba masanya saya membuka hati namun biarlah hubungan ini berkembang secara perlahan-lahan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran ‘single’ terbaharunya bersama syarikat rakaman Warner Music Malaysia di Hotel Palace of The Golden Horses di sini pada Isnin. 

Lagu berjudul Bintang Syurga ciptaan Audi Mok dan Omar K itu bakal dimuatkan dalam albumnya bersama syarikat rakaman itu yang akan dipasarkan pada penghujung tahun ini.

Sementara itu, Maya enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai lelaki tersebut kerana masih belum bersedia berbuat demikian.

Pernah dikaitkan dengan pelakon Remy Ishak, Maya bagaimanapun memberitahu lelaki berkenaan turut terlibat dalam industri hiburan.

Maya bersama Pengarah Urusan, Warner Music Malaysia, Darren Choy.

“Apa yang boleh saya kongsi buat masa ini adalah dia terlibat dalam dunia seni juga selain seorang yang bijak,” ujarnya yang turut sukakan lelaki yang gemarkan aktiviti lasak dan kelakar.

Dalam pada itu, Maya berkata, kerjasamanya dengan Warner Music bukan sahaja untuk menerbitkan album tetapi menyerahkan kepada syarikat itu bagi menguruskan kerjaya seninya.

Jelas Maya, kesibukan dan jadual yang terlalu padat membuatkan dia mengambi keputusan tersebut agar perjalanan kariernya lancar.

“Saya tidak mampu untuk menguruskan kerjaya dengan hanya bantuan dua orang pembantu dan memerlukan syarikat pengurusan supaya pihak ketiga yang ingin berurusan dengan saya tidak tertunggu-tunggu jawapan daripada saya.

“Dengan adanya Warner Music yang mewakili saya ia akan lebih lancar dan menerusi perbincangan pihak pengurusan juga telah mengaturkan pelbagai strategi untuk mengukuhkan lagi nama saya dalam industri,” jelasnya.

Maya juga tidak menolak keputusannya itu berkait rapat dalam usaha memberikan lebih banyak ruang dan masa kepada kehidupan peribadinya.

 Dalam perkembangan sama, Maya berkata, dia mengikat kontrak untuk tiga buah album penuh bersama syarikat rakaman itu dan berharap karier muziknya dapat bergerak lancar selepas ini.

“Muzik dan nyanyian adalah cinta pertama saya dan saya yakin dengan strategi pihak syarikat rakaman agar dapat merancakkan kembali nama saya dalam bidang itu,” katanya.

Incoming search terms:

  • maya karin seksi
  • maya karin & teman lelaki
  • maya karin seksi giler

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge